Gambar yang saya ambil ketika ronda di Laman Seni, Seksyen 7 Shah Alam semalam. Memang memukau mata dengan hasil seni yang kreatif dimana pecahan cermin digabungkan dengan lukisan. Memang saya amat tertarik dengan nukilan yang diaspirasikan di dinding ini. Ia mempunyai interpretasi yang cukup halus. Sesungguhnya Laman Seni ini dapat mengangkat karya seni mereka yang memang berbakat untuk melahirkan nukilan kreatif melalui lukisan. Apa yang dapat saya katakan, saya cukup meminati setiap hasil yang dipaparkan dan membuka minda untuk memahami konteks lukisan. Luangkan masa, ronda ke Laman Seni bersama anak-anak pada cuti sekolah ini...Sungguh indahnya setiap detik kehidupan untuk kita menikmati dan mensyukuri setiap kurniaan daripada Yang Maha Esa...
Monday, 8 December 2014
Laman Seni , projek seni yang kreatif
Gambar yang saya ambil ketika ronda di Laman Seni, Seksyen 7 Shah Alam semalam. Memang memukau mata dengan hasil seni yang kreatif dimana pecahan cermin digabungkan dengan lukisan. Memang saya amat tertarik dengan nukilan yang diaspirasikan di dinding ini. Ia mempunyai interpretasi yang cukup halus. Sesungguhnya Laman Seni ini dapat mengangkat karya seni mereka yang memang berbakat untuk melahirkan nukilan kreatif melalui lukisan. Apa yang dapat saya katakan, saya cukup meminati setiap hasil yang dipaparkan dan membuka minda untuk memahami konteks lukisan. Luangkan masa, ronda ke Laman Seni bersama anak-anak pada cuti sekolah ini...Cuti sekolah 2014
Sudah 2 minggu cuti sekolah 2014 berlalu. Adakah anak-anak kalian manfaatkan masa semasa cuti sekolah 2014 ini? Jikalau guna khidmat encik Google ini, memang terdapat lambakan program untuk anak-anak. Ada program dimana anak-anak kena bermalam dan ada juga sesi harian dimana anak-anak akan ulang-alik ke tempat program. Membuat pilihan untuk anak-anak memanglah kena ikut budget dan kesanggupan anak-anak mengikuti program tersebut.
Cuti sekolah 2014 ini, saya telah menghanatr anak-anak ke kem tahfiz dan daurah kitab bersijil yang dianjurkan oleh Darul Muhibbin bertempat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati. Kem ini masih berlangsung yang bermula pada 1/12/2014 lalu sehingga 13/12/2014. Respon anak-anak, kelihatan mereka menyukai aturcara dan aktiviti di dalam kem ini. Semoga anak-anak dapat manfaat yang menyeluruh dan diharapkan segala ilmu dapat memberi kesan untuk kehidupan mereka.
Gambar untuk salah satu aktiviti didalam kem. Semoga cuti sekolah 2014 dapat membuka satu lembaran baru untuk anak-anak bersiap sedia menempuh tahun 2015 dengan semangat untuk belajar dengan lebih baik lagi.
Wednesday, 3 December 2014
Big Bad Wolf di The MINES
Big Bad Wolf akan berlangsung dari 5 - 16 Disember 2014. Bagi para pembaca, masa inilah menambah lagi koleksi bacaan sedia ada. Silap-silap boleh buat library di rumah dan dengan ini menaikkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.
Dengan adanya acara seperti Big Bad Wolf ini mampu menimbulkan kesedaran membaca terutama di kalangan kanak-kanak. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya kerana kita tahu bahawa ilmu dapat membentuk sebuah masyarakat yang maju. Selepas membaca, kita minum coffee dulu!
Konsert Search di Istana Budaya 2014
Kumpulan Search kembali menggegarkan arena muzik. Tetapi kali ini di pentas yang berprestij iaitu Istana Budaya. Sudah pasti lagu-lagu hit kumpulan ini akan menjadi sajian bagi para peminat muzik rock. Juga suara mantap penyanyi Kumpulan Search, Amy, yang masih kekal pitch rocknya akan membuat para penonton terus melekat di kerusi.
Walaupun Kumpulan Search sudah lama bertapak di arena muzik, namun mereka tetap mempunyai sengat dan taring tersendiri. Tiket Konsert Search dapat dibeli secara online, http://www.ticketpro.com.my/jnp/concert/1454841-Search.html
Semoga Konsert Search ini dapat mengembalikan nostalgia dan mood rock tahun 90-an. Are you raedy to rock? Yeay....yehaaa....Selepas itu, kita boleh minum coffee dulu!
Mamma Mia Musical Live di Malaysia
Ya....saya masih ingat lagi filem Mamma Mia yang dilakonkan oleh Meryl Streep dan Amanda Seyfried. Lakonan dan lagunya memang sungguh memukau walaupun lagu-lagu yang dimainkan itu adalah daripada zaman retro. Namun, rentak muziknya masih lagi segar dan mampu membuat diri menari-nari riang gembira.
Ha macamana kalau Mamma Mia dipentaskan di Plenary Hall, KLCC. Uih mau tidak senang duduk di kerusi setiap kali lagu dimainkan. Silap-silap buat pentas itu macam lantai tari sendiri. Harap-harap boleh dapat tiket free. Ada ke contest untuk dapat tiket free Mamma Mia? Macam tak ada.
Apa pun kepada sesiapa yang berminat, klik di sini http://www.mamma-mia.com/internationalTour/mammamia_internationalTour_tickets_KualaLumpur.asp
Pasti menghiburkan kepada para peminat Mamma Mia. Selamat menonton! Kita enjoy...
Subscribe to:
Posts (Atom)
