Monday, 8 December 2014

Laman Seni , projek seni yang kreatif

Gambar yang saya ambil ketika ronda di Laman Seni, Seksyen 7 Shah Alam semalam. Memang memukau mata dengan hasil seni yang kreatif dimana pecahan cermin digabungkan dengan lukisan. Memang saya amat tertarik dengan nukilan yang diaspirasikan di dinding ini. Ia mempunyai interpretasi yang cukup halus. Sesungguhnya Laman Seni ini dapat mengangkat karya seni mereka yang memang berbakat untuk melahirkan nukilan kreatif melalui lukisan. Apa yang dapat saya katakan, saya cukup meminati setiap hasil yang dipaparkan dan membuka minda untuk memahami konteks lukisan. Luangkan masa, ronda ke Laman Seni bersama anak-anak pada cuti sekolah ini...

Cuti sekolah 2014

Sudah 2 minggu cuti sekolah 2014 berlalu. Adakah anak-anak kalian manfaatkan masa semasa cuti sekolah 2014 ini? Jikalau guna khidmat encik Google ini, memang terdapat lambakan program untuk anak-anak. Ada program dimana anak-anak kena bermalam dan ada juga sesi harian dimana anak-anak akan ulang-alik ke tempat program. Membuat pilihan untuk anak-anak memanglah kena ikut budget dan kesanggupan anak-anak mengikuti program tersebut.

Cuti sekolah 2014 ini, saya telah menghanatr anak-anak ke kem tahfiz dan daurah kitab bersijil yang dianjurkan oleh Darul Muhibbin bertempat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati. Kem ini masih berlangsung yang bermula pada 1/12/2014 lalu sehingga 13/12/2014. Respon anak-anak, kelihatan mereka menyukai aturcara dan aktiviti di dalam kem ini. Semoga anak-anak dapat manfaat yang menyeluruh dan diharapkan segala ilmu dapat memberi kesan untuk kehidupan mereka.

Gambar untuk salah satu aktiviti didalam kem. Semoga cuti sekolah 2014 dapat membuka satu lembaran baru untuk anak-anak bersiap sedia menempuh tahun 2015 dengan semangat untuk belajar dengan lebih baik lagi. 




Wednesday, 3 December 2014

Big Bad Wolf di The MINES

Big Bad Wolf Book Sale datang lagi. Sempena cuti sekolah ini, memang bertepatan dengan waktu bagi anak-anak membeli buku dan mengisi masa cuti ini dengan membaca. Diskaun hebat dan masa operasi yang non-stop boleh menarik minat rakyat Malaysia dari seluruh negeri untuk berkunjung ke sini.

Big Bad Wolf akan berlangsung dari 5 - 16 Disember 2014. Bagi para pembaca, masa inilah menambah lagi koleksi bacaan sedia ada. Silap-silap boleh buat library di rumah dan dengan ini menaikkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Dengan adanya acara seperti Big Bad Wolf ini mampu menimbulkan kesedaran membaca terutama di kalangan kanak-kanak. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya kerana kita tahu bahawa ilmu dapat membentuk sebuah masyarakat yang maju. Selepas membaca, kita minum coffee dulu!

Konsert Search di Istana Budaya 2014

Kumpulan Search kembali menggegarkan arena muzik. Tetapi kali ini di pentas yang berprestij iaitu Istana Budaya. Sudah pasti lagu-lagu hit kumpulan ini akan menjadi sajian bagi para peminat muzik rock. Juga suara mantap penyanyi Kumpulan Search, Amy, yang masih kekal pitch rocknya akan membuat para penonton terus melekat di kerusi.

Walaupun Kumpulan Search sudah lama bertapak di arena muzik, namun mereka tetap mempunyai sengat dan taring tersendiri. Tiket Konsert Search dapat dibeli secara online, http://www.ticketpro.com.my/jnp/concert/1454841-Search.html

Semoga Konsert Search ini dapat mengembalikan nostalgia dan mood rock tahun 90-an. Are you raedy to rock? Yeay....yehaaa....Selepas itu, kita boleh minum coffee dulu!

Mamma Mia Musical Live di Malaysia

Ya....saya masih ingat lagi filem Mamma Mia yang dilakonkan oleh Meryl Streep dan Amanda Seyfried. Lakonan dan lagunya memang sungguh memukau walaupun lagu-lagu yang dimainkan itu adalah daripada zaman retro. Namun, rentak muziknya masih lagi segar dan mampu membuat diri menari-nari riang gembira.

Ha macamana kalau Mamma Mia dipentaskan di Plenary Hall, KLCC. Uih mau tidak senang duduk di kerusi setiap kali lagu dimainkan. Silap-silap buat pentas itu macam lantai tari sendiri. Harap-harap   boleh dapat tiket free. Ada ke contest untuk dapat tiket free Mamma Mia? Macam tak ada.


Pasti menghiburkan kepada para peminat Mamma Mia. Selamat menonton! Kita enjoy...

Friday, 22 March 2013

Coffee chat - Keras Tangan, Kerja Keras














Di dalam minda saya pada suatu waktu dahulu, saya pernah terfikir bahawa saya ini tidak pandai membuat kek atau biskut. Ini dikuatkan lagi dengan perumpamaan keras tangan  dan apabila membuat biskut atau kek, pasti tak menjadi.

Akan tetapi, apabila difikirkan kembali, membuat kek atau biskut merupakan satu kemahiran yang boleh dikuasai asalkan kita mempunyai pengetahuan, pemahaman dan mempraktikkan ilmu yang kita fahamkan itu. Maka, kita dapat tafsirkan kemahiran itu ialah satu pendidikan di dalam latihan. Jadi dimana harus saya mulakan?
Semestinya saya kena membaca resepi dan teknik-teknik membuat kek atau biskut. Maka bermulalah episod menjelajah segala laman sesawang yang berkaitan. Pemahaman saya ditingkatkan lagi dengan mengambil satu resepi yang sama  tetapi dicuba oleh beberapa orang dan mengambil kira komen mereka yang telah mencuba sebagai analisis. Resepi yang tersebut nanti, saya akan jadikan ia sebagai satu autoriti dan precedent untuk percubaan amali saya. Nampak macam hendak membuat satu tesis pula.
Jadi apabila saya telah bersedia dan yakin, saya akan membuat resepi tersebut berulang kali bagi memperbaiki teknik membuat sehingga kek atau biskut tersebut menjadi yang sepatutnya!

Gambar diatas adalah contoh muffin coklat, di antara resepi yang menjadi dan oven inilah yang berjasa dalam latihan amali saya. Maka nampaknya keras tangan saya kini telah berubah dengan hasil kerja keras saya kerana saya percaya kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya! Tidak dapat disangkalkan sama sekali...

Coffee chat - Salam Jumaat, carilah keberkatan


Hari Jumaat setiap minggu memang dinantikan bagi yang bekerja sebab esoknya cuti DAN bagi yang di sektor kerajaan pula, waktu lunch yang panjang sedikit dan bolehlah pergi cuci mata sekejap.

Untuk para lelaki muslim pula, inilah waktunya kalian menyuci jiwa dan diri dengan dengan mudah sekali seperti yang diriwayatkan oleh Muslim & Ahmad yang bermaksud:

"Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya"

Saya pula suka memakaikan jubah pada Umar, my little boy, pada setiap hari Jumaat untuk ke nurseri. Suka sekali melihat dia memakai jubah itu. Mama doakan Umar menjadi anak yang soleh dan dirahmati sepanjang hidup. Amin...