Friday, 22 March 2013

Coffee chat - Keras Tangan, Kerja Keras














Di dalam minda saya pada suatu waktu dahulu, saya pernah terfikir bahawa saya ini tidak pandai membuat kek atau biskut. Ini dikuatkan lagi dengan perumpamaan keras tangan  dan apabila membuat biskut atau kek, pasti tak menjadi.

Akan tetapi, apabila difikirkan kembali, membuat kek atau biskut merupakan satu kemahiran yang boleh dikuasai asalkan kita mempunyai pengetahuan, pemahaman dan mempraktikkan ilmu yang kita fahamkan itu. Maka, kita dapat tafsirkan kemahiran itu ialah satu pendidikan di dalam latihan. Jadi dimana harus saya mulakan?
Semestinya saya kena membaca resepi dan teknik-teknik membuat kek atau biskut. Maka bermulalah episod menjelajah segala laman sesawang yang berkaitan. Pemahaman saya ditingkatkan lagi dengan mengambil satu resepi yang sama  tetapi dicuba oleh beberapa orang dan mengambil kira komen mereka yang telah mencuba sebagai analisis. Resepi yang tersebut nanti, saya akan jadikan ia sebagai satu autoriti dan precedent untuk percubaan amali saya. Nampak macam hendak membuat satu tesis pula.
Jadi apabila saya telah bersedia dan yakin, saya akan membuat resepi tersebut berulang kali bagi memperbaiki teknik membuat sehingga kek atau biskut tersebut menjadi yang sepatutnya!

Gambar diatas adalah contoh muffin coklat, di antara resepi yang menjadi dan oven inilah yang berjasa dalam latihan amali saya. Maka nampaknya keras tangan saya kini telah berubah dengan hasil kerja keras saya kerana saya percaya kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya! Tidak dapat disangkalkan sama sekali...

Coffee chat - Salam Jumaat, carilah keberkatan


Hari Jumaat setiap minggu memang dinantikan bagi yang bekerja sebab esoknya cuti DAN bagi yang di sektor kerajaan pula, waktu lunch yang panjang sedikit dan bolehlah pergi cuci mata sekejap.

Untuk para lelaki muslim pula, inilah waktunya kalian menyuci jiwa dan diri dengan dengan mudah sekali seperti yang diriwayatkan oleh Muslim & Ahmad yang bermaksud:

"Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya"

Saya pula suka memakaikan jubah pada Umar, my little boy, pada setiap hari Jumaat untuk ke nurseri. Suka sekali melihat dia memakai jubah itu. Mama doakan Umar menjadi anak yang soleh dan dirahmati sepanjang hidup. Amin...


Thursday, 21 March 2013

Coffee chat - Serlahkan Pesona Wanitamu


Adakah beg tangan LV, kasut Jimmy Choo, busana Hajaba, barangan kemas Habib Jewel atau solekan menggunakan set Bobbi Brown mampu menyerlahkan pesona wanitamu?

Inilah adalah sebahagian daripada fesyen dan trend yang hanya untuk sementara dan akan berlalu ditelan zaman. Ia tidak akan menyerlahkan pesona wanitamu untuk selamanya. Pesona seseorang wanita terletak pada diri wanita itu sendiri yang dipanggil IDENTITI!

Sesungguhnya dalam membentuk identiti seorang wanita, syarat utama pastinya menutup aurat dengan sempurna. Walaupun dunia kini disogok dengan fesyen moden, namun tanyalah pada diri, apakah yang dituntut oleh agama ke atas kamu.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka..." Surah an-Nur, ayat 31

Seorang wanita itu juga mestilah berilmu dan berakhlak kerana kedua-dua ciri ini akan meletakkan seorang wanita itu di martabat yang tinggi serta dihormati.

Bukanlah kekayaan yang dicari mahupun kecantikan yang dikagumi. Cukuplah jika seorang wanita itu tidak miskin. Cantik merupakan perkara subjektif daripada kaca mata seseorang. Oleh itu, kecantikan seorang wanita itu lahir daripada rasa syukur di atas rupa yang telah dikurniakan, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai dalaman (innerself)  yang sentiasa positif.

Maka, pesona wanitamu akan terserlah sampai bila-bila kerana kamu telah membentuk identitimu yang bersandarkan pada dirimu sendiri dan yang pastinya IDENTITI itu tidak akan luput ditelan zaman!

Wednesday, 20 March 2013

Coffee chat - Kalaulah ada Muffin Strawberi...

 













Saya memang suka membuat muffin jika ada kelapangan masa. Sebab anak2 saya memang my great muffin fan asalkan muffin tu ada dicampurkan dengan cocoa powder, nutella, kepingan coklat masakan atau coklat cip.

Bagaikan hot selling item, sekejap sahaja dah licin, dalam masa 24 jam!

Hmmm... macam muffin strawberi yang ada di dalam gambar ini, saya buat sempena hari jadi Muaz (17/2/2013) yang lalu, bagi kat nurseri dan makan sama2 dgn kawan2nya. 

Terliur dibuatnya kalau bercerita ttg muffin petang2 begini, apa lagi kalau dapat minum bersama dengan secawan kopi . Perghh, tak terkata!

Senang saja bancuhan muffin ini dan teksturnya sungguh lembut serta gebu. Saya campurkan buah strawberi dan coklat cip untuk menaikkan flavor, umpama makan strawberi dgn coklat. Kalau uolls nak resepi saya boleh sharekan. PM me....

Coffee chat - Semanis-manis kebahagian, sepahit-pahit kehidupan

Malam tadi saya tengok episod drama Sehangat Asmara via online episod 22-24. Ada satu ungkapan dialog yang tetiba menarik minat saya dan sedikit tersentuh dengan erti perkataan2 itu. 

Saya pinjam petikan itu: "...dari semanis-manis kebahagiaan sampailah sepahit-pahit kehidupan...", ya umpama apabila saya order secawan black coffee, jika diminum begitu saja tentulah pahit rasanya. Tetapi bila saya campurkan dengan susu dan gula, rasa manisnya cukup dan membahagiakan.

Benar, dengan Secawan Coffee ia boleh memberi seribu warna rasa hidup manakala cara penyediaan menu coffee (latte, cappuccino, mocha, espresso) pula memberi pelbagai corak hidup yang diinginkan...sungguh INDAHnya hidup ini! Enjoy my preloved shopping...

Tuesday, 19 March 2013

Coffee chat - Secawan air, bonus berbaloi

Jika isteri bekerja full time, setiap kali tiba hujung tahun atau awal tahun semestinya menunggu soalan cepu emas, sama ada dapat bonus atau tidak.

Akan tetapi seorang isteri di dalam rumahtangga, tidak perlu menunggu apa-apa. Malahan, bonus datang bergolek dan berganda-ganda lagi.

Cukup dengan hanya memberi/membuat secawan air untuk suami tercinta, fadhilatnya adalah mendapat pahala puasa sunat untuk setahun. Alhamdulillah...

Hubby saya selalu mengusik: Sedap minum air suam dirumah... Begitu mudahnya peranan seorang isteri untuk suami dan apa yang pasti, kita melakukannya dengan penuh keIKHLASan!

Coffee chat - Terapi diri jika rasa sedih

Hari ini semasa nak hantar Umar ke nurseri, my little 14 months baby, hati saya rasa sedih, sebak dan sayu. Itu lah perasaan yang dirasai pagi ini.

Entah mengapa rasa sedih itu menjenguk hati saya pagi ini. Akan tetapi saya tidak mahu sedih itu menyelubungi hidup saya.

Oleh itu, setiap kali rasa sedih itu datang, saya akan terapi diri dengan tafsiran dari surah al-Baqarah:216 yang bermaksud - "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."

Masya Allah sungguh indahnya al-Qur'an kerana sesungguhnya ia memberi nasihat dan ketenangan kepada hati serta jiwa kita. INDAHnya ISLAM itu! Semoga uolls ceria dan gumbira hari ini....enjoy my preloved blog shopping. Jemput ya!

Sunday, 17 March 2013

Coffee chat - Love Coffee

Mmm sedapnya bau aroma kopi menyegarkan...

Sy sememangnya peminat coffee yang tegar. Breakfast pagi untuk hubby pun sy akan buat coffee untuk dia dan sy tidak menggunakan coffee maker. Sy bancuh kopi dengan low fat milk dan sedikit gula sahaja utk menaikkan lagi flavor dan aroma coffee.

Kiranya ini opening post dari sy utk uolls...so enjoy my preloved blog shopping.