Saya memang suka membuat muffin jika ada kelapangan masa. Sebab anak2 saya memang my great muffin fan asalkan muffin tu ada dicampurkan dengan cocoa powder, nutella, kepingan coklat masakan atau coklat cip.
Bagaikan hot selling item, sekejap sahaja dah licin, dalam masa 24 jam!
Hmmm... macam muffin strawberi yang ada di dalam gambar ini, saya buat sempena hari jadi Muaz (17/2/2013) yang lalu, bagi kat nurseri dan makan sama2 dgn kawan2nya.
Terliur dibuatnya kalau bercerita ttg muffin petang2 begini, apa lagi kalau dapat minum bersama dengan secawan kopi . Perghh, tak terkata!
Senang saja bancuhan muffin ini dan teksturnya sungguh lembut serta gebu. Saya campurkan buah strawberi dan coklat cip untuk menaikkan flavor, umpama makan strawberi dgn coklat. Kalau uolls nak resepi saya boleh sharekan. PM me....


No comments:
Post a Comment